Monday 5 May 2014

Hidup Kena Bijak

Pernah tak pelajar-pelajar U atau yang duduk jauh dari keluarga rasa... Bestnya kalau dapat makanan lain selain dari makanan kantin. Mesti dalam hati berkata-kata...

"Alahainya bosannya hari-hari ikan jaket.. hari-hari sayur kobis... kalaulah..."

Aku ingat lagi kakak aku masu tu belajar di ITM sekarang ni UITM, setiap kali nak balik ke asrama mak aku aka Mak Benah mesti bekalkan dengan sambal ikan bilis cili api atau sambal ikan bilis dengan kacang tanah.
Ternampak-nampak la botol nescafe saiz besar penuh dengan sambal segera yang boleh terus dimakan. Sepatutnya satu balang sambal tu cukup untuk stok sebulan tapi dalam masa 2 minggu dah selesai dikerjakan oleh kawan-kawan seasrama kakak aku.
Takpe la rezeki dikongsi bersama.

Salah satu sebab stok sambal kakak aku cepat habis kerana sedap semestinya dan mudah. Kakak aku selalu cerita kalau dia tak sempat turun atau malas nak ke kantin dia akan makan sambal tu dengan roti jer.
Kenyang pun kenyang dia dapat jimat duit... almaklum zaman duduk asrama banyak pakai duit. Mak bukan boleh dapat bagi duit banyak-banyak.

Nasib baik baik mak bekalkan sambal ikan bilis dapat la duit yang sepatutnya dibelanjakan untuk beli makanan di kantin digunakan untuk buat kos printing, fotostat atau beli buku... zaman tu mana ada duit PTPN...pandai-pandai la nak hidup.

No comments:

Post a Comment

Saya hargai komen anda :)